Followers
Sunday, May 29, 2011
PERSIDANGAN PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN 2011
Thursday, May 19, 2011
Dengarlah, cari jalan selesaikan masalah rakyat - TPM - Utusan Malaysia
KANGAR 19 Mei - Menteri serta pemimpin di peringkat akar umbi perlu mengamalkan pendekatan yang boleh memberi kesan di hati rakyat iaitu mendengar masalah mereka dan mencari jalan menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin berkenaan perlu lebih kerap turun padang bagi mendengar dan memberi respons terhadap perkara yang dibangkitkan rakyat.
"Rakyat mengharapkan sesuatu yang boleh menambah baik kehidupan mereka. Dengar perkara yang dibangkitkan dan cari jalan untuk mengatasinya.
Sunday, May 15, 2011
Monday, May 9, 2011
Monday, May 2, 2011
Pas perlu sahut seruan PM - GMP
KUALA LUMPUR 2 Mei - Pas diseru menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meninggalkan pakatan pembangkang yang dilihat langkah tepat demi perpaduan bangsa dan agama.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan itu juga yang terbaik untuk Pas berbanding terus bersama pakatan pembangkang yang ternyata lebih menguntungkan DAP.
"GMP meminta Pas menyahut seruan Perdana Menteri demi bangsa dan agama. Kami bersedia memainkan peranan bagi melihat Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO.
"Kita dapat lihat bagaimana kerjasama dalam parti pembangkang hanya menguntungkan DAP seperti yang dilihat semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu. Takut-takut nanti, menang sorak, kampung tergadai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Wednesday, April 27, 2011
Pas perlu nyatakan pendirian
KUALA LUMPUR 27 April – Pas dicabar menyatakan pendirian mereka dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mahkamah dimaklumkan Ketua Pembangkang itu merupakan penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) ‘Lelaki Y’.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ia bertepatan dengan solat hajat yang dipimpin parti itu baru-baru ini yang memohon supaya ditunjukkan kebenaran berhubung kes tersebut.
Tegas beliau, jika pemimpin Pas masih menafikan kesahihan DNA ‘Lelaki Y itu’, bermakna mereka menentang ketentuan Allah.-Utusan Malaysia
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
Thursday, April 21, 2011
Monday, April 18, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Tuesday, April 12, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Monday, March 28, 2011
Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf
Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf
MARAN 28 Mac - Kerajaan negeri bercadang menaik taraf pesta Sungai Pahang sebagai aktiviti tahunan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga sumber alam itu daripada tercemar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (gambar) berkata, langkah tersebut bagi memastikan penduduk dan pengunjung luar menghargai keunikan sungai itu yang mempunyai tarikan tersendiri.
"Pada masa sama kita berharap program itu memberi daya tarikan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Katanya, program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Maran mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan dan dimuatkan sebagai salah satu aktiviti tahunan kementerian tersebut.
Bagi Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga penduduk asal Kampung Pantai Chenor mengakui gembira menyaksikan pesta itu yang memberi hiburan kepada penduduk.
Katanya, jika dahulu pada tahun 1950-an dan 60-an, program seperti itu sentiasa dinantikan oleh rakyat kerana menjadi satu hiburan kepada mereka.
Jelasnya, program itu secara tidak langsung mempromosikan Sungai Pahang sebagai khazanah dan warisan negeri yang perlu dihargai oleh generasi baru.
Dalam pada itu seorang pengunjung, Norhasmimi Abdul Ghani berpendapat, langkah yang dilakukan oleh MBDM dapat memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan masyarakat sekitarnya.
Katanya, acara seperti itu berpotensi untuk dijadikan sebagai program negeri atau nasional dengan menjemput peserta luar Pahang menyertai beberapa aktiviti yang diadakan di sungai tersebut. Utusan Malaysia 2932011
Sunday, March 27, 2011
SELAMAT HARI LAHIR DATO'
SELAMAT HARI LAHIR DATO'
SEMOGA PANJANG UMUR,DIMURAHKAN REZEKI DAN SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T DALAM PERJUANGAN.
Tuesday, March 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)