Followers

Thursday, May 19, 2011

Dengarlah, cari jalan selesaikan masalah rakyat - TPM - Utusan Malaysia

KANGAR 19 Mei - Menteri serta pemimpin di peringkat akar umbi perlu mengamalkan pendekatan yang boleh memberi kesan di hati rakyat iaitu mendengar masalah mereka dan mencari jalan menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin berkenaan perlu lebih kerap turun padang bagi mendengar dan memberi respons terhadap perkara yang dibangkitkan rakyat.

"Rakyat mengharapkan sesuatu yang boleh menambah baik kehidupan mereka. Dengar perkara yang dibangkitkan dan cari jalan untuk mengatasinya.

Monday, May 2, 2011

Pas perlu sahut seruan PM - GMP

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pas diseru menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meninggalkan pakatan pembangkang yang dilihat langkah tepat demi perpaduan bangsa dan agama.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan itu juga yang terbaik untuk Pas berbanding terus bersama pakatan pembangkang yang ternyata lebih menguntungkan DAP.
"GMP meminta Pas menyahut seruan Perdana Menteri demi bangsa dan agama. Kami bersedia memainkan peranan bagi melihat Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO.
"Kita dapat lihat bagaimana kerjasama dalam parti pembangkang hanya menguntungkan DAP seperti yang dilihat semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu. Takut-takut nanti, menang sorak, kampung tergadai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.