SEJARAH UMNO BAHAGIAN MARAN
Sebanyak empat Dewan Undangan Negeri telah diwujudkan iaitu DUN Paya Besar,DUN Bandar Maran,DUN Chenor dan DUN Jengka. DUN Paya Besar mempunyai 14 Cawangan, DUN Bandar Maran 10 Cawangan, DUN Chenor 19 Cawangan dan DUN Jengka 16 Cawangan.
Pada 10 April 1985 UMNO Bahagian Maran telah terlibat dalam pemecahan kawasan pilihanraya tetapi masih mengekalkan empat Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Chenor, DUN Jengka, DUN Bukit Tajau dan DUN Luit, DUN Chenor mengandungi 27 cawangan, DUN Jengka 10 cawangan DUN Bukit Tajau 11 cawangan dan DUN Luit 15 cawangan.
Sejarah Hitam pada 4 Februari 1988 yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah turut melibatkan UMNO Bahagian Maranpada ketika itu. UMNO Bahagian telah ditubuhkan semula selepas itu pada 6 April 1988 serta dengan penubuhan UMNO Malaysia.
UMNO Bahagian Maran sekali lagi terlibat dengan pemecahan kawasan pilihanraya pada 1 Julai 1994 dan masih mengekalkan empat Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Chenor 33 cawangan, DUN Luit 21 cawangan, DUN Jengka 19 cawangan dan DUN Hulu Jempul 15 cawangan.
Bahagian Maran mengalami sekali lagi perubahan persempadanan pilihanraya sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum 2004 dimana kali ini keseluruhan kawasan DUN Jengka berpindah ke Bahagian baru Kuala Krau. Berikutan itu Bahagian Maran mengandungi 3 Kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N-24 Luit (29 cawangan) N-25 Kuala Sentul (dulunya Hulu Jempul) (21 cawangan) dan N-26 Chenor (38 cawangan) dengan jumlah keahlian keseluruhan seramai 20,088 orang.
Sejak dari tahun 1975 hingga sekarang, UMNO Bahagian Maran tekah dipimpin oleh beberapa tokoh Ketua Bahagian iaitu:-
-1975-1978 Allahyarham Tok Muda Sulong Bin Awang Hitam
-1978-1980 YH. Dato' Hishamuddin Bin Yahya
-1980-1982 Allahyarham Dato' Haji Nasir Bin Mat Piah
No comments:
Post a Comment